Friday, August 8, 2008

Bila Hati Mula Bicara..!!


KEPOMPONG

Entah mengapa ye .....? Bukan tak mahu menjadi cemerlang dan berjaya seperti orang lain, tapi.... susahlah! Itulah bisikan hati kebanyakan remaja atau pelajar apabila berfikir atau terfikir tentang kejayaan dan kecemerlangan dalam akademik. Saya amat yakin, jauh di sudut hati sesiapa sahaja remaja atau pelajar yang dikategorikan sederhana dan lemah dalam akademik, yang membaca artikel ini, akan mengakui bahawa jauh di sudut hati mereka, tersimpan keinginan untuk berjaya dan cemerlang seperti rakan-rakan lain. Sesiapa sahaja manusia yang waras dan normal pasti inginkan cemerlang dan berjaya dalam akademik, lantaran itulah kayu pengukur kecemerlangan yang dipakai oleh masyarakat ketika ini.

Tidak dapat dinafikan sama sekali, kecemerlangan dan kejayaan dalam akademik akan membawa kejayaan dalam kehidupan. Rata-rata orang yang berjaya mencapai kesenangan dan kemewahan dalam hidup, berpangkat tinggi, dihormati dan disegani masyarakat adalah orang yang cemerlang dan berjaya dalam akademik mereka.

Walau bagaimanapun, kejayaan dan kecemerlangan dalam hidup bergantung sepenuhnya kepada sikap anda dalam menentukan arah tuju kehidupan anda. Bagaimanakah sikap anda dalam hal ini ? Adakah anda bersikap sambil lewa dan hanya memikirkan tentang keseronokan hidup remaja sahaja ? Adakah anda berpuashati dengan cara dan gaya hidup anda sekarang ? Adakah anda dihormati dengan cara dan gaya hidup anda sekarang ? Adakah cara dan gaya hidup anda sekarang mempunyai jaminan masa hadapan ? Kalau kesemua jawapannya adalah tidak atau kurang pasti, anda perlu berfikir dengan sedalam-dalamnya tentang diri dan kehidupan anda dengan serius. Hidup adalah realiti, bukan fantasi. Kalau selama ini anda hidup dalam fantasi, sedarlah dari mimpi dan hadapilah kenyataan.

Jika selama ini cara dan gaya hidup anda tertumpu kepada berseronok dengan rakan-rakan, melepak sehingga larut malam, berlumba motor secara haram, minum dan berjudi, berpelesiran lelaki dan perempuan tanpa batasan, anda sebenarnya berada dan hidup dalam kepompong kepura-puraan. Kepompong ini tidak kekal selama-lamanya. Kalau anda rasa bahawa anda adalah seorang remaja yang normal dan waras, keluarlah segera dari kepompong kepura-puraan yang sedang anda lalui ketika ini. Pecahkanlah dan selamatkanlah diri anda, sebelum ianya pecah dengan sendirinya dan melemparkan anda ke tempat yang anda sendiri tidak tahu.

Yakinlah bahawa, anda juga boleh berjaya dan cemerlang seperti orang lain jika anda menentukan sikap untuk berjaya, walaupun anda tidak dan kurang cemerlang dalam akademik. Berusahalah untuk mengenali dan membina potensi diri kerana ALLAH telah mengurniakan akal dan fikiran untuk berfikir dan menguasai nafsu dan perasaan. Kalau selama ini anda membiarkan orang lain mempengaruhi tindakan dan perbuatan anda, hentikanlah dengan segera kerana itu menjadikan anda orang yang lemah jiwanya.

Ingatlah ! Kesalahan yang dilakukan sekali adalah kesilapan, tetapi melakukan kesilapan yang sama berkali-kali, itu adalah KEBODOHAN.

No comments:

Aku Kau Dan Cerita...!!

Suliman HJ Hapson Punya Cerita...

Exam oh Exam..!


Tahu jer lah, dalam bulan ni summer budak U exam..Termasuklah aku..yg kengkonon nyer budak U lahhhh…!! Tahu
jer lah bila nak exam ni..tak study takut failed plak!!! Study plak , tak tau plak kat mana nak start!!! Emmm Serba salah pok cik!!!! Huhuhuh!!!! Lagi –lagi paper programming C++...nak study ni tapi tak tahu nak study gapo!!! So buat-buat studylah, walaupun apa yang di studykan tu tak macam nak berapa study!!! Wakakakak!!!!
Pada hari yang bersejarah 17 Nov 2006 (Jumaat) ni lah hari yang aku boleh melonjak kegembiraan.nak jerit
MERDEKA kuat2, takut kata cek ni gila plak..so jerit dalam hati jer lah...(P.s : ada ker jerit dalam hati..kelas aku!!!).. so paper last Math Diskrit....apa aku nak cakap paper ni...Ermmmm Entahlah!!! Aku ni x tau nak cakap pasal paper last ni coz byk soklan aku tinggal..study bagai nak rak ni..sampai kul 5 pagi..tapi bila jawap macam org tak study jerk!!!! Nilah akibat bukan di lahir untuk Math..wakakakkaka!!!! (P.s : Ada ker org dilahirkan untuk math...kalau ada, meh la bagi tau kat aku!!!!)...
So apapun aku tetap Hepi, exam this semester dah habis!!!! Keseluruhannya, semester ni mesti pointer aku turun
macam hujan!!!! Wahhhhhh sedih aku!!!!! Tapi tak per tetap maintain…apa yg maintain pun aku tak tau lah!!!! Pada kawan-kawan yg still belum habis..lantak hangpa lah..rasakan lah..duk mengadap exam lama-lama..hehehehhe!!! kejam aku!! So esok Aku balik kampung tercinta..nak sambung beraya..kan dalam bulan syawal!!! So apa lagi..tak reti-reti!!! Tapi kena datang balik sebelum 25 Nov ni..coz kena pi kursus..ntah apa ajer lah kursus ni..time-time cuti nilah dia nak buat kursus..kursus JMK n MPP..so nak tak nak kenalah pi..komitmen tu penting..iyolah tu!!! Lastly....Aku nak Jerit MERDEKA..!!! MERDEKA....! MERDEKA...!!!...(P.s: Buang tebiat, tak dapat jerit di alam real, aku jerit kat cni plak..heheheheh) bye....kapan bertemu lagik ya!!!!

De' Moral Of Da' Story:

  • Nak Exam Baca la Buku Dulu Beb
  • Jangan la Study Last-last Minit..
  • Bila nak Exam tu ketepikan hal-hal lain dulu..
  • Dah Buat Semua tu..kita Berdoa dan Bertawakal kpd Allah SWT
Senarai Aku Kau Dan Cerita:
  1. Exam Oh Exam
  2. Istilah Cinta Kita
  3. Pegangla Pd Prinsip Ini Jika Cinta Kamu Di Tolak
  4. Dan Macam-Macam Ada...
Ikuti Kisah Selanjutnya Di..!!
Untuk Cerita-Cerita lain

Klik La Sini Tuk Cerita Selanjutnya..!