Tuesday, August 12, 2008

My Profile...Based On Theatre Performing @t UPSI..!!


Suliman Bin Hj Hapson dilahirkan pada 21 November 1984 di Hospital Besar Kuala Lumpur. Berpindah disebuah perkampungan terletak di bandaraya bersejarah iaitu Melaka pada tahun 1998. Seorang yang mempunyai kelulusan Diploma Teknologi Maklumat di Politeknik Johor Bahru pada tahun 2005 dan kini menyambung pengajian di dalam Ijazah Sarjana Muda Pendidikan Teknologi Maklumat & Minor Pendidikan Teater di Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI). Seorang yang sangat aktif di peringkat Universiti khususnya peringkat kolej iaitu memegang jawatan Naib Yang DiPertua Jawatankuasa Mahasiswa Kolej (JMK) Kolej Aminuddin Baki bagi sesi 2006/2007 dan 2007/2008. Menjadi pencetus dan wadah kepada pelajar lain kerana sanggup melompat bidang daripada teknologi maklumat & komunikasi kepada bidang seni menjadikan beliau menjadi hanya seorang sahaja di Fakulti Tenologi Maklumat & Komunikasi yang berani mengambil bidang Teater sebagai minor pilihan. Penglibatan dalam bidang seni terutama bidang teater bermula di sekolah lagi apabila terpilih menjadi Anak angkat Dewan Bahasa & Pustaka ke Program Penulisan Remaja, di situlah beliau mula mengenal dunia teater. Di UPSI beliau terlibat dengan persembahan tarian rakyat dan tarian alam bagi subjek Pergerakan Kreatif dan pernah memegang watak ’Amin’ Dalam teater kanak-kanak GEDALI produksi 2007. DI dalam Produksi ‘Pengganti Zen (Kabuki- Teater Jepun)’ ini beliau memegang Jawatan Sebagai Pengurus Produksi dan juga Pengurus Pentas, selain itu juga beliau memegang watak sebagai ‘TARO’ di dalam produksi Pengganti Zen produksi 2008. Manakala dalam teater ’Layang-Layang Terbang Melayang’ ( Coming Soon October 2008) beliau memegang jawatan dibawah Unit Penajaan dan sebagai pelakon yang memegang dua watak iaitu ’Mamat’ dan ’Pak Leman’.

No comments:

Aku Kau Dan Cerita...!!

Suliman HJ Hapson Punya Cerita...

Exam oh Exam..!


Tahu jer lah, dalam bulan ni summer budak U exam..Termasuklah aku..yg kengkonon nyer budak U lahhhh…!! Tahu
jer lah bila nak exam ni..tak study takut failed plak!!! Study plak , tak tau plak kat mana nak start!!! Emmm Serba salah pok cik!!!! Huhuhuh!!!! Lagi –lagi paper programming C++...nak study ni tapi tak tahu nak study gapo!!! So buat-buat studylah, walaupun apa yang di studykan tu tak macam nak berapa study!!! Wakakakak!!!!
Pada hari yang bersejarah 17 Nov 2006 (Jumaat) ni lah hari yang aku boleh melonjak kegembiraan.nak jerit
MERDEKA kuat2, takut kata cek ni gila plak..so jerit dalam hati jer lah...(P.s : ada ker jerit dalam hati..kelas aku!!!).. so paper last Math Diskrit....apa aku nak cakap paper ni...Ermmmm Entahlah!!! Aku ni x tau nak cakap pasal paper last ni coz byk soklan aku tinggal..study bagai nak rak ni..sampai kul 5 pagi..tapi bila jawap macam org tak study jerk!!!! Nilah akibat bukan di lahir untuk Math..wakakakkaka!!!! (P.s : Ada ker org dilahirkan untuk math...kalau ada, meh la bagi tau kat aku!!!!)...
So apapun aku tetap Hepi, exam this semester dah habis!!!! Keseluruhannya, semester ni mesti pointer aku turun
macam hujan!!!! Wahhhhhh sedih aku!!!!! Tapi tak per tetap maintain…apa yg maintain pun aku tak tau lah!!!! Pada kawan-kawan yg still belum habis..lantak hangpa lah..rasakan lah..duk mengadap exam lama-lama..hehehehhe!!! kejam aku!! So esok Aku balik kampung tercinta..nak sambung beraya..kan dalam bulan syawal!!! So apa lagi..tak reti-reti!!! Tapi kena datang balik sebelum 25 Nov ni..coz kena pi kursus..ntah apa ajer lah kursus ni..time-time cuti nilah dia nak buat kursus..kursus JMK n MPP..so nak tak nak kenalah pi..komitmen tu penting..iyolah tu!!! Lastly....Aku nak Jerit MERDEKA..!!! MERDEKA....! MERDEKA...!!!...(P.s: Buang tebiat, tak dapat jerit di alam real, aku jerit kat cni plak..heheheheh) bye....kapan bertemu lagik ya!!!!

De' Moral Of Da' Story:

  • Nak Exam Baca la Buku Dulu Beb
  • Jangan la Study Last-last Minit..
  • Bila nak Exam tu ketepikan hal-hal lain dulu..
  • Dah Buat Semua tu..kita Berdoa dan Bertawakal kpd Allah SWT
Senarai Aku Kau Dan Cerita:
  1. Exam Oh Exam
  2. Istilah Cinta Kita
  3. Pegangla Pd Prinsip Ini Jika Cinta Kamu Di Tolak
  4. Dan Macam-Macam Ada...
Ikuti Kisah Selanjutnya Di..!!
Untuk Cerita-Cerita lain

Klik La Sini Tuk Cerita Selanjutnya..!